Terbuka kepada kategori berikut:
a. Individu — Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
b. Perniagaan / Syarikat — Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
c. Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional — Hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
d. Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau — Hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
e. Bukan warganegara — Hanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP. Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.
Individu/Perniagaan/Syarikat yang tidak mempunyai sebarang rekod atau transaksi di JPJ, perlulah membuat pengesahan dan pengwujudan rekod di pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC yang berhampiran ATAU;
Individu/Perniagaan/Syarikat yang telah mempunyai rekod atau transaksi di JPJ boleh terus melayari portal JPJeBid untuk mendaftar sebagai pembida.
Individu/Perniagaan/Syarikat yang telah membuat pendaftaran di Kaunter JPJ perlu membuat pengesahan di e-mel yang didaftarkan sebelum mendaftar sebagai pembida di portal JPJeBid.
Bukan warganegara / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid.
Hanya maklumat pembaharuan e-mel, nombor telefon dan penama kedua sahaja yang boleh dikemaskini di menu profil pengguna JPJeBid. Sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi yang lain, pengguna perlu hadir ke pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC untuk kemaskini maklumat tersebut.
Segala urusan transaksi pembayaran fi atau wang bidaan adalah menggunakan kad kredit tempatan / kad debit tempatan sahaja (Malaysia Issuer) sahaja.
Proses bidaan nombor pendaftaran akan dibuka selama lima (5) hari atau apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank. Hanya transaksi yang berjaya dan selesai pembayaran dalam tempoh bidaan sahaja akan diterima sebagai bidaan yang sah.
Bidaan yang telah dilakukan tidak boleh dibatalkan.
Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang. Berikut adalah had kelayakan menjadi pemenang mengikut kategori pembida:
| Kategori | Had Kelayakan Menjadi Pemenang |
|---|---|
| Individu | 3 nombor kenderaan bagi setiap siri |
| Perniagaan/Syarikat | 5 nombor kenderaan bagi setiap siri |
| Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional | 5 nombor kenderaan bagi setiap siri |
| Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau | 5 nombor kenderaan bagi setiap siri |
| Bukan Warganegara | 3 nombor kenderaan bagi setiap siri |
RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
Bayaran bidaan yang akan dilakukan perlu bersetuju dengan harga minima bidaan dan kenaikan bidaan minima mengikut kategori seperti jadual di bawah:
| Kategori | Harga Minima (RM) | Kenaikan Bidaan Minima (RM) | Kenaikan Bidaan Minima (RM) (30 minit terakhir) |
|---|---|---|---|
| Nombor Bernilai Utama | 20,000.00 | 1,000.00 | 2,000.00 |
| Nombor Premium | 5,000.00 | 250.00 | 500.00 |
| Nombor Menarik | 2,500.00 | 125.00 | 250.00 |
| Nombor Popular | 500.00 | 25.00 | 50.00 |
| Nombor Biasa | 300.00 | 15.00 | 30.00 |
Bagi pembida yang berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit atau kad debit pembida serta merta.
Bagi pembida yang tidak berjaya, pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan penyelesaian pembayaran akan dikreditkan semula ke kad kredit/kad debit pembida dalam tempoh tujuh (7) hingga 30 hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar (issuer). Tiada caj yang akan dikenakan.
Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat. Keputusan rasmi yang diumumkan adalah muktamad.
Pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi melibatkan kad kredit / kad debit yang dibuat oleh pembida.
Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan di saat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.
Pendaftaran nombor kenderaan yang dimenangi boleh dilakukan di pejabat dan cawangan JPJ dan tempoh sah laku adalah nombor Pendaftaran tersebut adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Keputusan Bidaan Berjaya. Jika nombor pendaftaran gagal untuk didaftarkan dalam tempoh yang diberikan, nombor tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
Bagi nombor pendaftaran yang diperuntukkan di kawasan Pulau Bebas Cukai (PBC) iaitu Pulau Langkawi dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah didaftarkan di JPJ cawangan kawasan PBC tersebut sahaja sepertimana yang telah dinyatakan dan dipersetujui di dalam terma dan syarat JPJeBid oleh pihak pembida. Siri yang dimaksudkan ialah:
i. Siri 'KV' perlulah didaftarkan di JPJ Cawangan Pulau Langkawi.
ii. Siri 'L' perlulah didaftarkan di JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.
i. Nombor Pendaftaran Khas tanda indeks EV akan mula diguna pakai oleh semua kenderaan elektrik dan penggunaan nombor pendaftaran kenderaan elektrik akan dimulakan dengan tanda indeks EV, EV__A, EV__B dan seterusnya.
ii. Pembelian nombor pendaftaran Khas EV melalui bidaan yang berjaya di Sistem JPJeBid mestilah didaftarkan hanya kepada kenderaan elektrik sahaja. Bidaan yang telah berjaya tidak boleh ditarik balik.
iii. Permohonan/Rayuan nombor pendaftaran Khas EV untuk dibatalkan bidaan, dibatalkan keputusan dan didaftarkan kepada kenderaan selain elektrik sepenuhnya adalah TIDAK DIBENARKAN. Kesemua bayaran fi perkhidmatan dan amaun bidaan berjaya merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
iv. Terma dan Syarat bidaan khas untuk nombor pendaftaran kenderaan EV ini adalah termaktub, berkuatkuasa dan dibaca bersekali dengan Terma dan Syarat JPJeBid yang sedia ada.
Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran bagi nombor pendaftaran yang dimenangi TIDAK dibenarkan.
Nombor kenderaan yang dimenangi oleh kategori individu/passport hanya boleh ditukar nama dengan pertimbangan kepada ahli keluarga terdekat iaitu ibu/bapa/suami/isteri/adik beradik/anak sahaja dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/Pertubuhan/Koperasi TIDAK dibenarkan.
JPJ mempunyai hak untuk menyemak semula Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberikan notis kepada anda. Penggunaan berterusan perkhidmatan portal JPJeBid, akan dianggap sebagai penerimaan yang tidak boleh ditarik balik bagi terma dan syarat Perkhidmatan ini dan sebarang semakan sedemikian.
JPJ berhak pada setiap masa, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk menukar, menaik taraf, mengubah suai, menggantung, mengehadkan atau menghentikan mana-mana bahagian Portal ini atau Perkhidmatan atau mana-mana fungsi atau aplikasi kami yang berkaitan, termasuk kaedah pembayaran, buat sementara atau kekal, tanpa notis kepada anda atau memberi sebarang sebab. Kami mungkin mengeluarkan perkhidmatan tertentu yang mungkin tidak berfungsi dengan betul atau dengan cara yang sama versi akhir berfungsi, dan kami tidak akan bertanggungjawab dalam keadaan sedemikian. Kami juga mungkin mengenakan had pada ciri tertentu atau menyekat akses anda kepada sebahagian daripada, atau keseluruhan, portal atau Perkhidmatan mengikut budi bicara kami sendiri dan tanpa notis atau liabiliti.
JPJ berhak untuk menolak memberikan anda akses kepada Portal atau Perkhidmatan atau membenarkan anda membuka Akaun atas sebarang sebab.
Sekiranya terdapat pertikaian keputusan bidaan diantara pembida, JPJ berhak untuk menahan dan menangguhkan mana-mana keputusan serta pendaftaran terhadap nombor kenderaan tersebut sehingga siasatan selesai.
Setiap individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah memberikan maklumat yang benar kerana mana-mana orang yang memberikan maklumat tidak benar, palsu atau mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 108(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun.
Saya telah membaca semua terma dan syarat perkhidmatan bidaan di JPJeBid ini dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di atas termasuk sebarang semakan yang sama selepas ini. Dengan mengklik button "setuju" atau sebarang tindakan seperti di atas, saya faham bahawa saya mencipta tandatangan digital, yang saya bermaksud untuk mempunyai kuasa dan kesan yang sama seperti saya telah menandatangani nama saya secara manual, dan saya memberikan penerimaan persetujuan yang tidak boleh ditarik balik untuk terikat dengan terma dan syarat perkhidmatan ini.